25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Giliran Shahidan pula tubuh NGO berbau politik

Ahli Parlimen Arau itu menamakan pertubuhan itu sebagai Perpaduan Ummah, nama yang sering dikaitkan dengan kerjasama politik antara parti-parti Melayu dan Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS Tan Sri Annuar Musa yang menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berbau politik, kini giliran Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pula yang berbuat demikian.

Jika Annuar yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh menubuhkan Muafakat Nasional (MN), nama yang sama dengan gerakan pakatan UMNO dan Pas pada 2019 lalu, Shahidan pula menamakan NGO-nya Perpaduan Ummah.

Menariknya, kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu dipecat daripada keahlian parti tersebut.

Shahidan yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas tidak dicalonkan Barisan Nasional.

Shahidan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, NGO Perpaduan Ummah yang ditubuhkannya itu akan membuka pendaftaran keahliannya dalam masa terdekat.

“Perpaduan Ummah adalah sebuah NGO yang melibatkan masyarakat bersatu padu tanpa mengira latar belakang ideologi dalam mencapai satu matlamat yang sama.

“Perpaduan Ummah Untuk Semua,” kata Shahidan menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, NGO itu telah didaftarkan awal bulan ini dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan ahli UMNO ke dalam NGO tersebut.

Sebelum ini, NGO MN yang diasaskan Annuar menerima lebih 10,000 permohonan keahlian termasuk daripada kalangan tokoh masyarakat dan selebriti, selepas dibuka beberapa jam pada awal bulan lalu.

– Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan