29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Padah tunjuk isyarat lucah, pembuli jalanan ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan polis gara-gara menghayunkan kayu rotan dan menunjukkan isyarat lucah dalam kejadian di di jalan SS 8/2 Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkenaan kes pembuli jalan dari mangsa yang merupakan lelaki berusia 27 tahun, Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu seorang lelaki tidak bergerak apabila lampu isyarat telah hijau dan selepas dihon masih tidak berjalan.

“Suspek telah menurunkan tingkap lalu menunjukkan jari tengahnya kepada mangsa kemudian mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyuruhnya untuk berhentikan kenderaan.

“Mangsa terpaksa berhentikan kenderaan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran laluan kanannya dihalang oleh pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, ujar Mohamad Fakhrudin, mangsa bertindak keluar daripada kereta dan bertemu dengan suspek lalu berlaku pertengkaran.

Bagaimanapun menurut beliau, suspek membawa sebatang kayu rotan dan menghayun kearah mangsa, namun tidak mengenai mangsa.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami telah menahan suspek lelaki tempatan di tepi Jalan Penchala, di sini yang terlibat dengan kes tersebut, sekitar pukul 3.20 petang , kelmarin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan direman tiga hari sehingga esok,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan