34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki Nepal bakar rumah kedai, cuba bunuh diri

Tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk lelaki berkenaan dan menggagalkan usaha tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Nepala bertindak membakar semua rumah kedai di Hentian Kajang, Jalan Reko hari ini sebelum mengancam untuk membunuh diri dengan sebilah pisau.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk lelaki berkenaan dan menggagalkan usaha tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.49 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Sebanyak sembilan anggota lain-lain pangkat berserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

Advertisements

“Laporan awal mendapati, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai bangunan tiga tingkat terbakar 30 peratus di tingkat dua.

“Namun begitu, di dalam rumah tersebut terdapat seorang lelaki warga Nepal lingkungan 20-an memegang sebilah pisau dan mengancam untuk membunuh diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kata beliau , lelaki tersebut berjaya dipujuk dan pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran serta mengelak daripada merebak ke premis lain.

“Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan