Saturday, July 18, 2026

Dakwaan Sirul Azhar liar dan tidak berasas – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar kepada sebuah media antarabangsa berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu disifatkan sebagai kenyataan liar dan tidak berasas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kenyataan Sirul Azhar itu lebih kepada spekulasi kerana beliau telah diberikan peluang untuk membela diri sebelum ini.

“Beliau (Sirul Azhar) telah diberi peluang untuk membela diri selari dengan Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

“Dakwaan beliau ini tidak pernah dikemukakan kepada mana-mana mahkamah yang mengadili beliau, dari Mahkamah Tinggi sehinggalah di Mahkamah Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas wawancara Sirul Azhar oleh sebuah media antarabangsa yang disiarkan di televisyen baru-baru ini.

Mengulas lanjut Razarudin berkata, sekiranya Sirul Azhar merasakan dirinya perlu mendapat keadilan kerana terdapat keterangan-keterangan baharu, laporan polis perlu dilakukan beliau atau peguamnya.

“Beliau atau melalui peguamnya, boleh membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang perlu berkaitan dakwaan tersebut.

“Namun, sehingga kini beliau masih belum lagi membuat sebarang permohonan untuk membuat semakan ke atas hukuman mati yang dikenakan ke atasnya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan