Monday, July 20, 2026

Selangor hampiri slot ACL2 selepas belasah Perak 4-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC semakin hampir meraih slot ke Liga Juara Juara Asia 2 (ACL2) selepas membelasah Perak FC, 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu kini berkelebihan lima mata berbanding Kedah Darulamaan FC (KDA) bagi merebut tempat kedua sekali gus meraih slot ke saingan peringkat Asia.

Skuad Gergasi Merah kini mengutip 55 mata selepas 24 perlawanan sementara Kedah yang diterajui Nafuzi Zin beraksi kurang satu perlawanan dijangka merapatkan jurang mata jika menewaskan Kelantan FC, malam esok.

Jika itu berlaku, tumpuan pastinya akan terarah kepada pertembungan kedua-dua pasukan itu di Stadium Darulaman, Alor Setar pada 2 Disember depan, bagi menentukan siapa lebih layak mewakili negara ke saingan ACL2.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium MBPJ petang tadi, Selangor berjaya memperoleh gol seawal minit ketiga menerusi tandukan pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar.

Pemain tengah kebangsaan, Mukhairi Ajmal Mahadi menggandakan jaringan buat tuan rumah pada minit ke-33 selepas menyudahkan hantaran cantik Ayron del Valle.

Selangor tambah selesa apabila Yohandry Orozco melepaskan satu rembatan kencang menggegar gawang skuad Seladang pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Del Valle melengkapkan kemenangan bergaya Selangor pada minit ke-80 sekali gus memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan