28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PTPK sasar RM315 juta kutipan pinjaman latihan kemahiran

Mesti Baca

PERBADANAN Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) meletakkan sasaran kutipan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran sebanyak RM315 juta bagi tahun ini.

PTPK dalam satu kenyataan berkata, sehingga 31 Oktober 2023 terdapat peningkatan jumlah kutipan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran sebanyak RM130.2 juta (52.90 peratus) berbanding tahun 2022 dengan jumlah kutipan RM116.7 juta (39.72 peratus) bagi tempoh yang sama.

Selain itu, terdapat juga peningkatan bilangan akaun peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman 2023 sebanyak 250,422 akaun berbanding 2022 sebanyak 222,423 akaun bagi tempoh yang sama.

“Kutipan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun II juga menunjukkan peningkatan kutipan sebanyak RM4.34 juta berbanding tahun 2022 sebanyak RM0.82 juta.

“Peningkatan kutipan 2023 didorong oleh pelbagai usaha dan inisiatif PTPK untuk menggalakkan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran antaranya seperti menyantuni peminjam-peminjam PTPK melalui program PTPKasih, mengadakan promosi Jom Bayar dan Menang, pembukaan Kaunter Pacak Industri dan mempelbagaikan kemudahan saluran bayaran balik pinjaman latihan kemahiran,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Katanya, bagi tahun depan, PTPK meletakkan sasaran kutipan bayaran balik pinjaman kemahiran sebanyak RM450 juta.

Menurutnya, sasaran itu menunjukkan bahawa PTPK amat serius dalam memastikan kutipan bayaran balik terus meningkat supaya dapat memastikan kelangsungan pemberian pinjaman latihan kemahiran kepada generasi TVET yang akan datang.

“PTPK akan terus berusaha dan memastikan supaya kutipan bayaran balik PTPK mencapai sasaran yang ditetapkan, meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak menentu.

“Kementerian Sumber Manusia amat mengambil berat mengenai prestasi serta kemampuan PTPK dalam melaksanakan tanggungjawab ini bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk mengikuti bidang TVET pada masa akan datang dan sekali gus dapat memperkasa serta memperluas pengagihan pinjaman dana kepada rakyat,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan