26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Liga Super: Sang Badak benam skuad Penyu 4-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SABAH FC meneruskan momentum kemenangan apabila membenam tuan rumah, Terengganu FC, 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam tadi.

Masih segar dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Kelantan FC, Isnin lalu, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tidak menunggu lama untuk berada di depan.

Bermula daripada gerakan dari sayap kanan, Mohd. Rizal Ghazali melakukan hantaran lintang ke depan gawang sebelum disudahkan menerusi sepakan gunting Ramon Machado seawal minit keenam.

Pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdani menggandakan jaringan buat pelawat apabila melepaskan rembatan kencang dari luar kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin pada minit ke-29.

Selang 10 minit kemudian, Terengganu tambah parah apabila Sabah meledak gol ketiga menerusi Miguel Ángel Garrido Cifuentes yang menyudahkan hantaran silang Mohd. Rizal dari luar kawasan penalti.

Advertisements

Machado hampir mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-43 apabila berjaya memintas hantaran pertahanan Terengganu namun percubaannya tepat ke arah Suhaimi.

Sabah terus garang di babak kedua apabila meledak gol keempat hanya tiga minit selepas perlawanan bersambung.

Gol tersebut terhasil daripada hantaran silang Machado dari sebelah kiri tepat ke arah Jafri Firdaus Chew yang kemudiannya mudah menolak masuk untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Peluang terbaik Terengganu diperoleh pada minit ke-74 apabila hantaran silang Nor Hakim Hassan singgah di palang Sabah namun tindakan susulan Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.

Keputusan itu tidak merubah kedudukan kedua-dua pasukan dengan Sabah kini berada di tangga keempat liga sementara Terengganu kekal di kedudukan keenam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan