28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Shahidan tidak dicalon, bilik gerakan BN Arau ‘tutup’

Untuk rekod, kawasan Parlimen Arau mula dipertandingkan sejak 1974 dan Shahidan telah menjadi penyandang di kerusi tersebut pada PRU7, PRU8, PRU13 dan PRU-14.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) Arau dikatakan telah menutup bilik gerakan mereka selepas mengetahui penyandang kerusi Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malahan, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menganggap ketiadaan namanya bertanding di kerusi yang dimenangi dalam empat pilihan raya umum sebelum ini sebagai satu ‘berita sedih’ bagi bahagian tersebut.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” katanya menerusi Facebook beliau.

Shahidan menyandang kerusi tersebut dalam empat PRU iaitu pada 1986, 1990, 2003 dan terakhir pada 2018.

Ketua UMNO Bahagian Arau itu antara nama dikatakan digugurkan oleh BN susulan tindakannya lantang mengkritik pucuk pimpinan UMNO selain dilihat antara Ahli Parlimen BN ‘mesra’ Bersatu.

Jumaat lalu, Zahid berkata, UMNO akan memastikan calon-calon yang dipilih untuk mewakili BN adalah dalam kalangan mereka yang tidak ‘berkepala besar’ dan tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan sendiri.

Beliau berkata, calon-calon yang dipilih juga merupakan mereka yang berdisiplin tinggi serta berani mempertahankan parti daripada diperlekehkan selain mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Katanya, mereka yang dipilih akan menjadi calon yang benar-benar meletakkan perjuangan parti UMNO dan BN di hadapan dan bukannya perjuangan individu melebihi parti.

Selain Shahidah, nama Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dipercayai turut tidak dicalonkan.

Terdahulu, akar umbi UMNO Bahagian Arau mendesak agar kepimpinan tertinggi parti mengekalkan Shahidan sebagai calon Parlimen kawasan dalam PRU-15.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan mengumumkan senarai calon parti itu di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur esok.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan