25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

UMNO pastikan calon tidak ‘berkepala besar’ – Zahid

UMNO mahu yang dipilih menjadi calon benar-benar meletakkan perjuangan parti UMNO dan BN di hadapan dan bukannya perjuangan individu melebihi parti.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO akan memastikan calon-calon yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bulan depan adalah kalangan mereka yang tidak ‘berkepala besar’ dan tidak bersuara sumbang terhadap kempimpinan sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon yang dipilih juga merupakan mereka yang berdisiplin tinggi serta berani mempertahankan parti daripada diperlekehkan selain mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Beliau berkata, mereka yang dipilih akan menjadi calon yang benar-benar meletakkan perjuangan parti UMNO dan BN di hadapan dan bukannya perjuangan individu melebihi parti.

“Ada yang ketika pembubaran Parlimen baharu sedar bahawa dirinya sebenarnya milik parti, segala yang dinikmati termasuk jawatan yang pernah dipegang sebab atas dasarnya dirinya adalah ahli UMNO, bukannya ahli atau mewakili suara Bersatu atau Pas mahu pun parti lain di luar.

“UMNO memerlukan wakil rakyat yang terpilih nanti mempunyai jati diri UMNO yang teguh. Tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mahu proksi memperkotak-katikkan UMNO menggunakan suara pemimpin dalaman UMNO,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Ejen Mossad: Ahmad Zahid gesa hantar nota bantahan

Beliau berkata, mana-mana ahli dan pemimpin UMNO yang ‘berkepala besar’ dan merasa diri mereka lebih besar daripada perjuangan parti sewajarnya tahu kedudukan masing-masing.

Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, beliau mahu mewujudkan kestabilan dalaman UMNO dan memastikan tidak akan muncul suara-suara sumbang daripada dalam parti yang mengkritik parti itu selepas pilihan raya umum nanti.

Baca juga:   Jangan percaya kaji selidik propaganda musuh BN - Zahid

“Ini bermakna pemilihan calon UMNO pilihan raya kali ini sangat mustahak,” tegasnya.

Sementara itu, Zahid berkata, apabila UMNO bersepadu dan bergerak ke depan untuk membawa kestabilan dan kemakmuran negara, ini menunjukkan parti itu telah bangkit dan mulai mencorak masa depan yang lebih baik.

“Di setiap majlis solidariti dan kemahiran di setiap negeri BN menjelajah dengan sambutan yang begitu bersemangat tinggi.

“Kelihatan wajah-wajah anak-anak muda bersama pemimpin pelbagai lapisan umur berdiri penuh semangat, bersedia berjuang dan mengembalikan mandat rakyat kepada BN,” katanya.

Menurut beliau, majlis seumpama itu bukan sekadar keraian semata-mata, akan tetapi ia adalah lambang bahawa UMNO bangkit kembali selepas belajar daripada kekalahan BN pada PRU-14 lalu.

“Banyak yang telah dipelajari oleh BN daripada kekalahan pada 2018. Yang utama ialah kesedaran mengenai erti kesetiaan terhadap parti.

“Ketika itulah BN diuji apabila ramai pemimpin UMNO lari lintang pukang menyelamatkan diri. Ada yang melompat parti, ada yang menjadi pengkhianat parti, terdapat juga menjauhi diri daripada UMNO.

Baca juga:   Ahli UMNO minta polis siasat pengakuan Ahmad Zahid

‘Ini perit bagi UMNO akan tetapi ia juga merupakan suatu hikmah kepada UMNO,” katanya.

Ujarnya lagi, pembersihan dalaman UMNO berlaku secara automatik apabila golongan oportunis ini dapat dikenal pasti melalui sikap, kenyataan dan tindak-tanduk mereka.

“Sekurang-kurangnya ini dapat menjadi petunjuk arah penting dalam konteks pemilihan calon BN,” katanya.

Baca juga:   Agong, Permaisuri, PM ucap selamat menyambut Hari Sarawak

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan