29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tindakan gantung UMNO Bahagian Arau tidak wajar – Shahidan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua UMNO Bahagin Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoal keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menggantung bahagian itu yang didakwa melanggar Perlembagaan parti.

Shahidan yang dipecat keanggotaannya kerana bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu berkata, penggantungan UMNO Bahagian Arau itu tidak wajar.

“Yang dipecat dari UMNO Shahidan Kassim tetapi (kenapa) UMNO Arau yang digantung,” soal beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.

Shahidan berkata demikian merujuk keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau kerana dikatakan melanggar perlembagaan parti.

Katanya, pemecatan beliau dari UMNO tidak sewajarnya menyebabkan bahagian yang pernah diterajuinya turut digantung.

“Sehubungan dengan itu, saya akan terus beri pembelaan kepada rakyat Perlis dan Arau.

“Sesungguhnya rezeki, mati, hidup adalah hak Allah SWT,”  katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Malam tadi mesyuarat MKT UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau selepas melanggar perlembagaan parti.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, MKT UMNO akan melantik ketua pentadbir bagi bahagian itu secepat mungkin.

Sebelum ini Shahidan dan isterinya yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Seri Shamsiah Yassin dilucutkan keahlian selepas melanggar perlembagaan parti. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan