24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Suami isteri didakwa perdagang remaja untuk tujuan seks di Bera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASANGAN suami isteri berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bagi tujuan eksploitasi seksual di Felda Purun, Bera, di sini, tahun lalu.

Memetik laporan BH Online, tertuduh, Mohamad Rizal Hamzah, 38, dan isterinya, Intan Wahidah Mohd Nor, 47, juga didakwa atas 13 lagi pertuduhan berkaitan kesalahan seksual terhadap mangsa sama di Mahkamah Sesyen, di sini.

Rizal berdepan tujuh pertuduhan, manakala Intan Wahidah berdepan enam pertuduhan.

Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Rizal didakwa berasingan dengan tiga pertuduhan melakukan pengantunan, melakukan seks luar tabii, merogol dan melakukan mencabul mangsa.

Intan Wahidah yang juga ibu kepada enam anak pula didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pengantunan seksual terhadap mangsa.

Pasangan menganggur itu didakwa melakukan 15 kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Purun, Bera, di sini, antara April hingga September tahun lalu.

Di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, pasangan suami isteri itu berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan.

Baca juga:   Kerteh FC bukan sekadar menjual maruku

Bagi kesalahan fizikal seksual terhadap kanak-kanak di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, pasangan itu berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Baca juga:   Bintara Kanan Maritim didakwa atas 80 tuduhan terima suapan

Mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii, tertuduh berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, manakala kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Jamaludin menetapkan jaminan RM35,000 bagi Rizal dan RM29,000 bagi Intan Wahidah serta menetapkan 1 Mac nanti sebagai tarikh sebutan semula.

Beliau turut mengingatkan kedua-dua tertuduh supaya tidak mengganggu mangsa.

Sementara itu, empat individu didakwa secara berasingan di mahkamah sama atas kesalahan merogol dan serangan seksual terhadap mangsa sama di Felda Purun, tahun lalu.

Ismail Burhan, 42, didakwa atas tiga pertuduhan bagi kesalahan melakukan serangan seksual fizikal, seks luar tabii dan rogol terhadap remaja berkenaan, manakala Ahmad Rudzuan Ismail, 41, didakwa atas dua pertuduhan rogol serta amang seksual terhadap mangsa.

Pengawal keselamatan, Abdul Hafis Endut, 37, pula didakwa atas kesalahan merogol serta amang seksual, manakala pemandu bas, Kamaruzaman Basir, 57, didakwa merogol mangsa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afidatul Azwa Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.

Peguam Aida Rahayu Abd Rahman mewakili pasangan suami isteri itu serta Kamaruzaman, manakala Mazura Ismail mewakili Ahmad Rudzuan, Ismail dan Abdul Hafis.

Keempat-empat lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun dan September tahun lalu di Felda Purun.

Baca juga:   PRN Johor: Hasni menang selesa di Benut
Baca juga:   Pengguna AirAsia boleh tuntut pampasan - Alexander

Jamaludin menetapkan jaminan RM10,000 bagi Ismail dan Abdul Hafis, manakala Rudzuan dan Kamaruzaman Basir ditetapkan jaminan masing-masing sebanyak RM15,000 dan RM6,000 dengan kesemua mereka diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa.

Hakim menetapkan 1 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Wartawan

Terkini

Atasi segera isu pelajar aliran sains makin merosot

KEMEROSOTAN pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan