26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pahang lancar Tabung Palestin 2.0, lebih RM100,000 dikutip

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang mengulangi pendirian akan terus memberikan bantuan kepada rakyat di Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi tujuan itu, Tabung Palestin 2.0 telah dilancarkan dan sebanyak RM110,000 telah dikutip setakat ini.

“Alhamdulilah, lebih 10,000 rakyat Pahang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan bagi menjayakan Himpunan Pahang For Palestine, pagi tadi.

“Himpunan ini sebagai menyatakan rasa simpati dan solidariti kita terhadap nasib rakyat Palestin yang terus ditindas, dizalimi dan dibunuh oleh rejim haram Israel.

Advertisements

“Dalam himpunan ini kita turut melancarkan Tabung Pahang For Palestine dan Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan berjumlah RM100,000.

“Saya menyeru agar kita semua teruskan berdoa demo keselamatan, kesejahteraan serta kedamaian untuk rakyat Palestin,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Lebih 10,000 warga Pahang menyertai himpunan terbabit bagi melahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Israel. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan