27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Pahang hari ini merekodkan sejarah tersendiri apabila kutipan hasilnya telah mencecah lebih RM1 bilion.

Perkara iitu diumumkan Menteri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penutupan Karnival Tanah Pahang 2023 di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, hari ini.

“Alhamdulillah, kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini telah mencecah RM1.018 bilion

“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutamanya kepada Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan semua pegawai daerah serta agensi negeri dan Persekutuan atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi mencapai kutipan ini terutamanya menerusi Karnival Tanah Pahang 2023.

Advertisements

“Kejayaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut Negeri Pahang memperoleh kutipan melebihi RM1 bilion,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Dengan kejayaan itu, menjadi harapan beliau bagi melihat negeri Pahang terus stabil.

“Semoga Negeri Pahang terus kekal stabil dan makmur demi kesejahteraan dan keharmonian bersama,”ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan