31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kilang perabot di Sungai Puloh musnah terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang perabot di Sungai Puloh 8, Klang musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I  Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejdian itu pada jam 11.31 malam.

Katanya, bertindak atas maklumat sepasukan 30 pegawai dan anggota bomba serta jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Andalas, BBP Sungai Pinang, BBP Kota Raja dan BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi di Lorong Sunagi Puloh 8, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar.

Advertisements

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kilang pengeluaran perabot berkeluasan 40×80 terbakar 45 peratus di tingkat tiga,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, anggota yang berada di lokasi berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 12.15 pagi sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 pagi oleh anggota bomba.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca kejadian,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Masa depan negara cerah jika pekerja terus komited – Zahid

MASA depan negara akan lebih cerah jika semua pekerja di segenap sector memberikan komitmen dan berusaha untuk menjadi yang...

Lagi Artikel Berkaitan