26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Rosli nafi buat hantaran ‘pengundi BN masuk neraka’

Mesti Baca

PESURUHJAYA Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar menafikan ada mengeluarkan hantaran mendoakan agar pengundi Barisan Nasional (BN) di Pelangai masuk neraka.

Beliau mendakwa, satu hantaran yang mengaitkan beliau dan ditularkan menerusi media sosial sejak semalam itu adalah palsu dan pindaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berkata, beliau menyedari tentang penyebaran hantaran tersebut sejak petang semalam.

“Petang semalam baru saya perasan tersebar dalam media Facebook, Tiktok dan banyak group Whatsapp. Status palsu ini dikongsikan pula oleh pemimpin UMNO dan Amanah.

“Saya tak tahu sama ada memang dia tahu ataupun buat tak tahu bahawa ini adalah edit (pindaan), dipalsukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab menjelang hari akhir PRK Pelangai.

Advertisements

“Saya menafikan bahawa status ini daripada saya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Hantaran berbentuk imej yang menggunakan akaun Facebook Abdul Jabar Rosli Rosli itu berbunyi: “Terima kasihlah pengundi Pelangai kerana kekalkan Pelangai di lembah kemaksiatan. Nerakalah tempat kalian wahai pengundi BN.”

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai semalam, calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Kasim Samat gagal untuk merampas kemenangan BN di kawasan tersebut.

Kasim yang turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu tewas kepada Datuk Amizar Abu Adam dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau dalam PRU-15 lalu tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dengan majoriti 4,048 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan