31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jakim siasat pegawai didakwa kutuk kerajaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil pegawainya untuk siasatan lanjut susulan penularan sebuah klip video ceramah yang berbaur kebencian.

Jakim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang menyalahi tatatertib.

“Pihak pengurusan tertinggi sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai Jakim yang mengundang kemarahan netizen.

“Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” katanya.

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pegawai Jakim berjawatan Penolong Pengarah Kanan yang juga seorang penceramah mengutuk Kerajaan Perpaduan.

Ceramah berkenaan juga dipercayai dirakam di sebuah masjid di Selangor pada 2 Januari lalu yang mengandungi perihal lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ yang dijadikan bahan politik sebuah parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Tindakan berkenaan mengundang ketidakpuasan hati netizen yang mengecam tindakan penceramah menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan mengutuk kerajaan.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan