24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Kerajaan akan terus bantu pekebun kecil lada negara – Fadillah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan terus membantu menaik taraf kehidupan pekebun kecil lada di seluruh negara khususnya di negeri Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia adalah melalui penyaluran pelbagai bantuan disamping terus memperkasa peranan Lembaga Lada Malaysia (MPB) selaku badan yang mengawal selia aktiviti industri lada di negara ini.

Menurut beliau, sehingga kini, MPB memiliki sembilan buah pejabat cawangan di seluruh negeri Sarawak yang diselia oleh Pejabat Wilayah Sarawak iaitu di Serian, Sri Aman, Betong, Bintangor, Sarikei, Bintulu, Miri, Belaga dan Sibu serta dua buah pejabat wilayah masing – masing di Semenanjung Malaysia (Johor) dan juga Sabah (Kota Kinabalu).

“MPB Sibu secara khususnya berperanan dalam menyelia aktiviti industri lada yang meliputi kawasan Sibu, Mukah dan Kapit (kecuali daerah Belaga yang diselia oleh MPB Belaga).

“Antara fasiliti yang terdapat di MPB Sibu termasuklah Loji Pemprosesan Kering dan Basah dan Loji Rawatan Haba bagi aktiviti pemprosesan lada serta Makmal Kawalan Kualiti.

“Aktiviti – aktiviti yang dijalankan di premis ini termasuklah perkhidmatan kawalan kualiti dan penggredan, aktiviti pemprosesan lada, selain melaksanakan Program Pembangunan Penanaman Lada dengan mengagihkan input pertanian, perkakasan ladang, dan bantuan infrastruktur ladang,” katanya.

Baca juga:   PM tidak endah cercaan, yakin sudah lakukan terbaik

Beliau berkata demikian sempena kunjungan rasmi beliau ke MPB Cawangan Sibu, Sarawak, hari ini.

Siri lawatan dan kerja rasmi beliau ke Sarawak itu adalah dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

Baca juga:   Sarawak catat kes harian tertinggi lima hari berturut-turut

Ujar Fadillah lagi, sepanjang tahun lalu, Pusat Pemprosesan Lada MPB Sibu telah memproses sebanyak 928.67 metrik tan lada hitam dan lada putih bagi tujuan eksport.

Manakala menurut beliau, dari jumlah kawasan penanaman lada di Bahagian Sibu pula adalah seluas 494.83 hektar dengan jumlah pekebun kecil lada seramai 3,402orang pekebun.

“Sepanjang tahun lalu, MPB Sibu telah mengagihkan sejumlah RM7.6 juta bantuan lada kepada 346 orang pekebun kecil lada yang layak bagi kawasan seliaan MPB Sibu.

“Daripada jumlah tersebut seramai 96 orangmerupakan penerima Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) yang berjumlah RM3.3 juta, manakala seramai 250 orang pula menikmati manfaat daripada Skim Tanaman Lada Matang (STLM) yang berjumlah RM4.2 juta,” katanya.

Unttuk rekod, MPB Sibu telah berjaya mendapat pengiktirafan Sijil Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah memenuhi syarat-syarat bagi perlaksanaan sistem HACCP untuk produk Steam treated Black Pepper/ White Pepper.

Akreditasi seumpama itu penting bagi menjamin kredibiliti dan keselamatan produk lada yang dihasilkan berlandaskan prosedur pelaksanaan HACCP.

Makmal Analisa MPB Sibu di bawah Cawangan Kawalan Kualiti jugatelah berjaya mendapatkan akreditasi melalui pensijilan MS ISO/IEC 17025:2017 (Skop Kimia).

Baca juga:   Jasa mendiang akan terus dikenang - PM

Akreditasi ini menunjukkan keupayaan skop analisa dan kualiti pengurusan Makmal Analisa MPB diiktiraf dan beroperasi mengikut piawaian dan standard antarabangsa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan