24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Suntikan RM152.3 juta tangani pembinaan 3 kapal OPV

Saya akan mengikuti secara dekat perkembangan pembinaan kapal yang boleh menyumbang kepada usaha memastikan APMM dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUNTIKAN sebanyak RM152.5 juta khusus menangani masalah pembinaan tiga buah kapal pesisir pantai (OPV) yang sepatutnya diserahkan pada dua tahun lepas akan diambil perhatian.

Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sejurus lawatan kerja ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi tadi.

Beliau berkata, ini bagi memastikan APMM dibekalkan aset yang sesuai dan berteknologi tinggi.

“Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat satu kertas kabinet untuk memberikan suntikan sebanyak RM 152.5 juta khusus kepada menangani masalah pembinaan tiga buah kapal pesisir pantai (OPV) yang sepatutnya diserahkan pada dua tahun lepas.

“Komitmen terbaru syarikat pembinaan kapal ini adalah untuk menyiapkan sekurang-kurangnya sebuah kapal pada bulan Mac ini.

“Saya akan mengikuti secara dekat perkembangan pembinaan kapal serta aspek lain yang boleh menyumbang kepada usaha memastikan APMM dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya,” katanya di sini.

Beliau berkata, APMM merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang peranannya cukup penting bagi memastikan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman.

Advertisements

“Sewaktu lawatan kerja saya ke APMM pagi tadi, saya mendapat taklimat berhubung perkembangan semasa APMM dalam menjalankan fungsi mereka.

“Cabaran APMM cukup hebat dan kompleks dalam mengawal Zon Maritim Malaysia.

“Mana tidaknya, di perairan Selat Melaka sahaja pada tahun 2022 telah mencatatkan sejumlah 60,000 kapal yang melalui laluan ini, ia tidak termasuk lagi kapal-kapal kecil yang jumlah keseluruhannya boleh menjangkau 90,000 buah kapal.

“Ini sekaligus menjadikan Selat Melaka sebagai laluan paling sibuk di dunia.

“Lantaran itu, Malaysia berdepan beberapa risiko dan ancaman seperti pencerobohan PATI, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, pencerobohan nelayan asing, penyeludupan senjata api, pencemaran dan banyak lagi.

“Tentunya ini perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan soal keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

“Sehubungan itu, bagi memastikan APMM dibekalkan aset yang sesuai dan berteknologi tinggi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan