25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Gajikan PATI, bot nelayan ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki menggajikan pendatang tanpa izin (PATI) petang semalam.

Penahanan itu dibuat dalam Operasi Pertiwi yang dijalankan sekitar jam 4.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot Maritim Malaysia telah memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C ketika melaksanakan rondaan operasi berkenaan.

“Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu ditahan di kedudukan 15.2 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan tekong warga Thailand dan empat kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 26 hingga 68 tahun yang kesamua tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen bot.

“Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya di sini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut lebih kurang 150 kilogram dibawa ke Jeti Limbong Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Ujar beliau, Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang masih berdegil menggunakan PATI untuk bekerja di atas bot mereka walaupun tangkapan dan amaran telah diberikan sebelum ini.

“Sehubungan denhan itu, Maritim Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang sengaja melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan