31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

4 nelayan Myanmar ditahan kali pertama turun laut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan empat warga Myanmar kerana bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas B1 ketika kali pertama turun ke laut.

Pengarahnya, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot kelas B1 itu dikesan bot ronda Maritim Malaysia pada kedudukan 6.1 batu nautika barat daya Tanjung Karang dalam Op Ehsan dan Op Tiris pad pada pukul 8.30 malam.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong dan tiga kru warga Myanmar masing-masing berusia 40 hingga 53  tahun yang dipercayai baru sehari turun ke laut.

“Tekong dan tiga kru gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta lesen kebenaran menangkap ikan daripada Pengarah Perikanan.

Advertisements

“Turut ditemukan ketika penahanan ialah kira-kira 50 kilogram (kg) ikan campur berada di atas bot,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985  kerana melanggar syarat sah lesen menunda kurang dari lapan batu nautika dan menggajikan warga asing Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-3176 0627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan