30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun sehingga 40 tahun...

Mesti Baca

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan membunuh mangsa yang berusia enam bulan, hujung minggu lalu.

Bagaimanapun pengakuan tertuduh, Mohamad Aizat Samin, 25, tidak direkodkan memandangkan kes bunuh merupakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi, Mohamad Aizat yang memakai baju kemeja-T berwarna hitam kelihatan tenang dan menjawab “saya faham” sejurus disoal oleh jurubahasa samada dia memahami pertuduhan berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh anak kandungnya, Muhammad Aysar Wildan Mohamad Aizat di sebuah unit kediaman pangsapuri di Persiaran Tasik Kesuma, Beranang antara sekitar jam 8 malam pada 14 April lalu sehingga sekitar jam 7.40 pagi 15 April lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun sehingga 40 tahun sekiranya tidak dihukum mati, tertuduh boleh disebat minimum 12 sebatan.

Advertisements

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyena Mohd. Sulaiman sementara tertuduh diwakili peguam Arif Azmi.

Susulan itu, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 28 Mei depan bagi sebutan semula kes dan perkembangan laporan kimia, bedah siasat, toksikologi dan forensik.

Kelmarin, media melaporkan seorang lelaki ditahan selepas hasil bedah siasat mendedahkan seorang bayi berusia enam bulan maut akibat kecederaan di kepala kerana perbuatan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata bapa kandung bayi itu dicekup di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Kajang, pada pukul 11.20 malam.

Katanya, lelaki berkenaan melaporkan kepada pihak polis sekitar jam 8.52 pagi pada 15 April lalu bahawa mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam rumah mereka.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan