30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiket penerbangan maksimum RM300 ke Sabah, Sarawak 

Tawaran 17,708 tiket harga maksimum RM300 sehala sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 17,708 tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak ditawarkan pada harga maksimum RM300 sehala sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai akhir bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagaimanapun, sekiranya harga tambang penerbangan yang dibeli di bawah paras tersebut, pembeli perlu membayar mengikut harga asal.

Katanya, tawaran tersebut merupakan bantuan subsidi kerajaan bagi pembelian tiket penerbangan untuk tempoh perjalanan pada 27 hingga 29 Mei ke Sabah manakala 29 hingga 31 Mei ke Sarawak.

“Kementerian Pengangkutan telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk satu program perintis.

“Kerajaan akan membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak semasa tempoh tiga hari perjalanan sebelum tarikh sambutan kedua-dua perayaan tersebut. 

Advertisements

“Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah atau Sarawak ditetapkan maksimum RM300 atau mengikut harga sebenar tambang sekiranya harga tiket tersebut kurang daripada RM300,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, harga tersebut tidak termasuk cukai dan fi. 

“Penetapan harga tambang tetap akan dilaksanakan bermula pukul 12.01 pagi pada 20 Mei 2023. 

“Orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan mulai tarikh tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan