Monday, July 20, 2026

CRRC serah Geran Pembangunan Lojistik RM1 juta di bawah ICP

ICP adalah inisiatif kerajaan yang memastikan perolehan utama memberi nilai nasional, sekali gus mewujudkan manfaat ekonomi, teknologi dan modal insan untuk negara.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) hari ini menerima Geran Pembangunan Logistik bernilai RM1 juta daripada China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) di bawah Program Kolaborasi Industri (ICP) kerajaan. 

Pengurusan dana tersebut akan diselia melalui Teachnology Depository Agency (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan ICP.

Menurut kenyataan TDA, geran yang diperuntukkan kepada Pusat Logistik Negara (PLN) itu akan menyokong pembangunan kapasiti dan transformasi digital dalam sektor logistik Malaysia.

“ICP adalah inisiatif kerajaan yang memastikan perolehan utama memberi nilai nasional, sekali gus mewujudkan manfaat ekonomi, teknologi dan modal insan untuk negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Majlis penyerahan geran tersebut berlangsung semalam sempena Transport Expo Asia (TXA) 2025, menandakan inisiatif pertama yang dipacu ICP oleh MOT, dalam sektor logistik. 

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Di bawah geran ini, TDA berkata, antara inisiatif utama termasuk pensijilan 18 pegawai MOT sebagai ahli Chartered Institute of Logistics and Transport, pembangunan Rangka Kerja Data Kargo Negara, serta pendigitalan Sistem Pangkalan Data MOT menggunakan teknologi Artificial Intelligence.

“Usaha-usaha ini bertujuan memperkukuh tadbir urus berasaskan data, mempertingkat kemahiran tenaga kerja, serta memacu digitalasi dalam sektor logistik dan pengangkutan Malaysia,” katanya.

Pada majlis yang sama, TDA turut membentangkan Laporan Analisis Impak ICP kepada MOT, yang merangkumi hasil dan nilai yang dicapai melalui pelaksanaan ICP dalam sektor pengangkutan dari tahun 2015 hingga 2025.

Laporan tersebut, jelasnya, menyoroti kejayaan 129 projek ICP di bawah perolehan MOT, termasuk sektor rel, aeroangkasa, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pembinaan.

Kata TDA, inisiatif-inisiatif itu telah menyokong pemindahan teknologi, latihan teknikal, pensijilan, dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global. 

“Sebagai pelaksana nasional ICP, TDA kekal komited memastikan setiap perolehan kerajaan memberi nilai mampan, membina keupayaan negara, dan mencipta impak merentas sektor,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan