25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan di peringkat akhir – TPM

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis, pelaksanaan di beberapa lagi negeri akan menyusul.

Beliau berkata, projek di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan itu dapat menyelamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan, selain terdapat peluang untuk meningkatkan pendapatan negara melalui cukai jualan yang dikenakan terhadap kenderaan asing.

“Projek kini dilaksanakan di Perlis iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian. KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutama di Kelantan.

Advertisements

“Negeri lain yang menyusul adalah Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor,” katanya menerusi kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini.

Beliau berkata, laporan awal Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi yang dilaksanakan di Perlis mendapati data jualan bahan petroleum bersubsidi menurun 13.2 peratus bagi diesel manakala 15.7 peratus bagi RON95 di 38 stesen minyak untuk dua bulan pertama.

“Jumlah penjimatan subsidi kerajaan adalah sekitar RM5 juta. Dua stesen minyak tanpa subsidi di Perlis itu mengalami peningkatan jualan sebanyak 14.75 peratus bagi diesel tanpa subsidi dan 43.27 peratus bagi RON95 tanpa subsidi,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, sepanjang pelaksanaan Ops Tisris sejak 1 Mac 2023 hingga 15 Mei lepas, sebanyak 6,095 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara dengan nilai rampasan 2,262,434 liter minyak diesel keseluruhan yang dianggar bernilai RM4,933,692 dengan 124 warga tempatan serta 39 rakyat asing ditahan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan