34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

JDT ikat ubi muda dari Terengganu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan betapa kelab itu serius dalam membangunkan bola sepak di negeri itu khususnya dan negara amnya apabila membawa masuk ramai bakat muda ke akademi mereka.

Terbaharu, kelab itu menyambar pemain berbakat besar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.

JDT menerusi akaun media sosial memaklumkan penyertaan pemain muda itu yang akan diserapkan ke dalam akademi mereka hari ini.

“JDT telah menandatangani pemain muda berusia 13 tahun, Muhammad Aqil Mohd. Shamsul Aswadi dari Terengganu.

“Remaja tersebut akan menyertai Akademi JDT. Akademi JDT adalah satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan,” katanya hari ini.

Akademi Bola Sepak JDT menjadi akademi bola sepak pertama di negara ini yang menerima anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2020.

Pemilihan itu dibuat kerana pengurusan akademi berkenaan yang bertaraf antarabangsa kerana menepati lima kriteria khas iaitu aspek kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan akar umbi dan pendidikan.

Akademi itu terus cemerlang apabila berjaya membekalkan bakat-bakat baharu ke dalam pasukan utama seperti Ariff Aiman Mohd. Hanapi dan Feroz Baharuddin.

Beberapa pemain muda lain turut berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad utama seperti Ahmad Aysar Hadi, Daryl Sham George dan ramai lagi. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan