27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kalimah Allah: Kerajaan kaji pentadbiran komprehensif – Saifuddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengkaji arahan pentadbiran yang lebih komprehensif dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana terdapat percanggahan dalam arahan pentadbiran yang dikeluarkan pada 1986.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, oleh kerana terdapat percanggahan dalam arahan pentadbiran tahun 1986.

“Maka kerajaan akan kaji arahan pentadbiran yang lebih komprehensif dalam isu penggunaan kalimah “Allah,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri telah membincangkan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayan terhadap kes Jill Ireland berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah Allah.

Ujar beliau, Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada 2014.

Susulan itu, Saifuddin berkata, kes tersebut tidak terkait dengan isu kalimah Allah.

“Hal yang berlegar melibatkan isu pentadbiran terkait isu rampasan VCD (cakera padat video) milik Jill Ireland, bukanlah isu kalimah Allah,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan