26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Anwar sedih pemergian Ustaz Razali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih di atas pemergian rakan seperjuangannya ketika di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Prof. Dr. Razali Nawawi.

Anwar berkata, pemergian Allahyarham pastinya dirasai kerana beliau merupakan pejuang utama ABIM dan bertindak sebagai guru kepada perjuangan mereka.

“Amat menyedihkan tatkala Ustaz Dr. Razali Nawawi yang kami kasihi telah meninggalkan dunia ini.

“Beliau merupakan salah seorang penjana dan pendiri ABIM yang gigih bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain, selain sebagai antara guru dalam perjuangan yang penuh liku ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Allahyarham yang merupakan pengasas dan presiden pertama ABIM menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi pada pukul 6.45 pagi tadi.

Advertisements

Beliau yang berusia 83 tahun memainkan peranan penting dalam membentuk dan memajukan ABIM dan terus berjuang untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau sempat menziarahi beliau minggu lalu yang pada itu berada dalam keadaan uzur.

“Semoga Allah merahmati rohnya dan memaafkan semua kesalahannya.

“Mendoakan keluarga dan insan tersayang yang ditinggalkan tabah dan dikurniakan kekuatan oleh Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan