30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

Mesti Baca

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan Zon Maritim Malaysia selamat daripada sebarang ancaman jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini dibuktikan apabila Op Khas Pagar Laut yang dilaksanakan sebanyak empat fasa bermula 12 Mac lalu telah mencatatkan sehingga hari ini sebanyak 173 kes tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM15 juta.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar serta Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Advertisements

Saifuddin berkata, bagi memastikan pengoperasian Maritim Malaysia dipertingkatkan, kerajaan kini dalam proses perolehan aset baharu iaitu empat buah helikopter kepada pihak Maritim Malaysia di samping bakal menerima sebuah kapal peronda dari US Coast Guard pada tahun ini.

Pada majlis yang sama Saifuddin turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat dengan insiden helikopter AW 139 miliknya yang telah melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa baru-baru ini.

Mengulas lanjut berkaitan data yang dirakam oleh kotak hitam pesawat malang terbabit, beliau berkata, Maritim Malaysia membuat keputusan menghantar kotak hitam itu terus kepada syarikat pengeluar helikopter terbabit di Itali berikutan terdapat kesan kerosakan yang memerlukan kepakaran syarikat berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Salahkah pamer kebahagiaan dalam media sosial?

Oleh PROF MADYA DR AZMAWATY MOHAMAD NOR PADA suatu ketika dahulu, ramai yang mempamerkan kekayaan material dan harta benda dalam...

Lagi Artikel Berkaitan