32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

JBPM laksana Medevac bantu kanak-kanak orang Asli 

Bantua pindahkan kanak-kanak Orang Asli alami jangkitan kuman pada paru-paru

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu kanak-kanak Orang Asli yang mengalami jangkitan kuman pada paru-paru semalam.

Bahagian Udara JBPM menerusi Facebook berkata, usaha menyelamat menggunakan pesawat AW139 (9M-BOD).

Katanya, pesawat berkenaan diterbangkan dari Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam ke Balai Bomba Gua Musang untuk mengambil dua pegawai Kementerian Kesihatan bagi menyelamatkan mangsa di Pos Balar.

“Pesawat dan anak kapal ditugaskan melaksanakan penerbangan Medevac ‘A’ membawa seorang pesakit kanak-kanak mengalami jangkuman dalam paru-paru serta dua pegawai pengiring dari Pos Balar untuk dihantar ke Gua Musang.

Advertisements

“Seterusnya, diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut. Setelah selesai tugasan, pesawat berlepas balik ke Pangkalan Udara Wilayah Utara,” katanya hari ini.

Katanya, cuaca hujan di beberapa tempat sepanjang penerbangan dan jarak penglihatan adalah terhad serta keadaan angin kencang.

Madevac ini melibatkan tiga krew dan dua anggota daripada Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan