25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Khairulaming berduet bersama Chef Gordon Ramsey di IG

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

VIDEO masakan selebriti terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming mendapat respons daripada chef terkemuka dunia, Gordon Ramsey.

Perkongsian secara bersama atau duet itu disiarkan di akaun Instagramnya hari ini apabila Ramsey memberikan komen dalam resepi puding gula hangus kukus yang dikongsikannya.

Khairulaming mendedahkan resipi itu diinspirasikan daripada buku tulisan Ramsey yang berjudul Unchated.

Ramsey menerusi video berkenaan memuji resepi puding yang dihasilkan dan akan bertemu pemuda berusia 31 tahun itu apabila datang ke negara ini minggu depan.

“Saya sukannnya, puding gula hangus kukus. Bukan mengenai buku (Uncharted) tetapi tunjukkan resepi anda.

“Saya sukannya (hasilnya). Saya akan berada di Malaysia minggu depan, saya akan tunjukkan lagi. Tahniah,” katanya hari ini.

Perkongsian video tersebut mendapat 165,000 tanda suka dan beberapa selebirti termasuk Fizo Omar, Liza Hanim dan ramai lagi mengucapkan tahniah menerusi ruangan komen.

Presinden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memberikan penghargaan buat Khairulaming.

“Sentiasa membanggakan rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9.

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan