26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Khairul Aming dinasihat buat video makanan sihat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKAR perubatan, Dr Rafidah Abdullah menasihati pempengaruh popular dalam masakan, Khairul Aming agar turut berkongsikan resepi makanan sihat.

Beliau berkata, pandangan itu diberikan bagi mengelak keadaan kesihatan rakyat Malaysia semakin teruk yang menyebabkan negara semakin merudum.

Nasihat itu disampaikan pakar nefrologi itu menerusi satu hantaran dibuat Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi twitternya.

“Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good (Makanan bergoreng tidak elok). Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia.

Perkongsian resepi yang mengundang nasihat dari Dr Rafidah, semalam.

“Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih,” katanya.

Khairul Aming merupakan pempengaruh yang mempunyai jutaan pengikut dalam media sosial. Beliau terkenal dalam berkongsi resepi masakan setiap hari.

Dalam ciapan berasingan, Dr Rafidah turut berkongsi tips pemakanan sihat untuk mengelak penyakit buah pinggang. 

Advertisements

“Kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri. Tapi, saya nasihatkan lebih ramai influencers (pempengaruh) pertama buat video makanan sihat dan kedua letak kandungan kalori setiap masakan mereka,” kongsinya.

Ciapan tersebut tidak berakhir semalam apabila ramai warganet mempersoalkan niat dan kewajaran nasihat yang diberikan.

Dr Rafidah sekali lagi memuat naik ciapan dan bertegas menyatakan itu adalah tanggungjawab beliau dalam memberikan pendapat profesional.

“Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat profesional saya tentang apa yang saya lihat.

“Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai. Terima kasih,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan