27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

TH gantung lesen pengelola jemaah haji Emraz Travel

Berikutan aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) memaklumkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd digantung.

Tindakan berkenaan adalah sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuk anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

Advertisements

“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuk perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara,” katanya.

Untuk rekod, Emraz Travel menerima watikah pelantikan sebagai PJH bagi musim haji 1444H pada 30 Januari lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan