25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Padah ekzos bising, 13 Proton Wira disita

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN sekumpulan lelaki yang leka mengeluarkan bunyi bising daripada kenderaan masing-masing di kawasan parkir di Jalan Alamanda, di Sik, Kedah, membawa padah apabila 13 kenderaan Proton Wira disita polis.

Kesemua kenderaan terbabit disita dalam Ops Bersepadu/Samseng Jalanan untuk tindakan pemeriksaan bunyi ekzos Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selain itu, turut disita, tiga buah motosikal kerana melakukan pelbagai kesalahan kerana tiada cukai jalan, tiada lesen memandu serta nombor pendaftaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, operasi yang bermula pukul 11 malam hingga 2 pagi tadi tertumpu di kawasan berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima.

“Jumlah saman yang dikeluarkan dalam operasi ini adalah 101 saman termasuk 13 kenderaan dan tiga motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, insuran, nombor pendaftaran, aksesori, cermin sisi dan mengubah suai ,” katanya hari ini.

Advertisements

Abdull Razak berkata, jumlah individu yang ditahan dalam operasi ini adalah seramai tiga orang berusia antara 19 hingga 27 tahun yang membabitkan empat kes.

Menurutnya, antara kesalahan adalah Seksyen 42 (1) APJ 1987 (dua kes), Seksyen 108 (3) (f) 1987 (1 kes) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (1 kes).

“Pemilik 13 kenderaan yang disita berusia antara 20 hingga 35 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Operasi itu disertai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan turut dibantu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan lain-lain agensi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan