25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Rakyat Finland mengundi hari ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGUNDI di Finland menunaikan tanggungjawab mereka, hari ini, untuk memilih 200 wakil rakyat yang akan membentuk kerajaan baharu.

Memetik laporan Agensi Anadolu, Pilihan Raya Umum (PRU) di negara itu melibatkan penyertaan 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan ‘unicameral’ negara Nordik itu.

Kira-kira 2,000 pusat mengundi telah disediakan dan dibuka antara jam 9 pagi hingga 8 malam waktu tempatan.

 Pengundi yang berusia 18 tahun ke atas layak untuk membuang undi.

Pengesahan keputusan pilihan raya akan diumumkan pada Rabu depan.

Perdana Menteri, Sanna Marin daripada Parti Demokratik Sosial mengetuai kerajaan pada ketika ini bersama gabungan empat parti lain iaitu Parti Pusat, Liga Hijau, Perikatan Kiri dan Parti Rakyat Sweden. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan