27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KKM kongsi surat larangan sertai himpunan haram

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) berkongsi Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 2011 sebagai peringatan kepada kakitangan awam supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram.

Surat bertarikh 30 Jun 2011 itu kembali disiarkan di Facebook KKM dengan Unit Integriti kementerian itu menyatakan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4 (1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993.

Surat edaran itu dikongsi kembali ketika terdapat khabar kumpulan doktor kontrak bakal melakukan mogok pada Isnin (esok) hingga Rabu ini.

Mogok berkenaan sebagai gesaan pegawai perubatan itu mengambil cuti perubatan atau cuti kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

Kumpulan itu juga memberi amaran terdapat 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada KKM.

Advertisements

Surat edaran atau garis panduan oleh Unit Integriti turut memperincikan bentuk perhimpunan haram yang antaranya bermakna menggunakan masa pejabat atau meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.

Bentuk perhimpunan haram itu juga termasuk menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak atau mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.

Dalam pada itu semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang hangat kebelakangan ini.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai Jemaah Menteri semalam, dengan jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @...

Lagi Artikel Berkaitan