28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

KKM kesan tiga lagi kosmetik mengandungi racun berjadual

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi produk komestik yang mengandungi racun berjadual, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Menurut beliau, tiga produk tersebut ialah N Glowing EWSB yang dikesan mengandungi merkuri, Karisma Golden Turmeric Cream (merkuri dan betamethasone 17-valerate) dan SL Two Intensive (hydroquinone dan betamethasone 17-valerate).

Beliau menegaskan, notifikasi bagi produk-produk komestik terlibat telah pun dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di pasaran negara ini.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk terlibat untuk menghentikan penjualan dan pengedaran kosmetik berkenaan dengan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik in adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Advertisements

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya.

Mereka juga diminta mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Katanya, orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan