Tuesday, July 21, 2026

Dr. Fo’ad dilantik Naib Canselor UUM baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PROF Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu, berkuat kuasa Ahad ini. 

Perkara tersebut diumumkan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan  pelantikan Dr. Fo’ad mampu melonjakkan keunggulan universiti menjadi pengurusan terkemuka.

“Selain memiliki pengalaman pentadbiran yang luas di peringkat universiti, beliau turut memiliki personaliti yang dihormati dan disenangi ole warga universiti khususnya dalam kalangan ahli akademik dan mahasiswa.

“Keupayaan dan kepimpinan karismatik beliau ini dilihat mampu menyuntik semangat dan aspirasi Malaysia Madani dalam pengurusan di UUM.

“Kementerian yakin dengan pelantikan YBrs. Prof. Dr. Mod Fo’ad Sakdan sebagai Naib Canselor UUM dapat melonjakkan keunggulan UUM untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka berpaksikan kecemerlangan akademik dan pembangunan insaniah pelajar,” kata kenyataan itu.

Pelantikan Mohd. Fo’ad dibuat bagi menggantikan tempat Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal berkuat kuasa 18 Januari lalu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan