27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Prof. Dr. Kasim dilantik semula sebagai Naib Canselor UMS

Mesti Baca

DATUK Prof. Dr. Kasim Md. Mansur telah dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 3 Oktober.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, beliau mula menyandang jawatan tersebut pada 3 Oktober tahun lalu.

Anak kelahiran Sabah ini pernah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS selama lima tahun dari 2009-2014.

Prof. Dr. Kasim, 62, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Indiana State, Terra Haute, Amerika Syarikat (AS) manakala Ijazah Kedoktoran (PhD) Ekonomi dari University of Wisconsin, AS.

Advertisements

KPT berkata, beliau adalah seorang tokoh akademik yang dihormati di Sabah dan telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah berjaya melonjakkan reputasi UMS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Di bawah kepimpinan beliau, UMS telah berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-55 dalam Asian University Ranking 2023 dan berada di kedudukan antara 251-260 terbaik Asia dalam QS Asia University Ranking 2023,” kata kenyataan itu hari ini.

KPT berkata, Kementerian yakin UMS akan terus menjadi
antara terbaik dan dapat menyumbang kepada pembangunan Sabah melalui aktiviti akademik dan penyelidikan universiti di bawah beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan