26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

ACL: JDT beri tentangan sebelum tewas kepada Kawasaki

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan tentangan sengit sebelum tewas tipis 1-0 kepada wakil Jepun, Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara Juara Asia (ACL), malam tadi.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, JDT turun dengan semangat tinggi bagi mencipta kejutan ke atas lawan yang pernah ditentangnya musim lalu.

Namun, skuad bimbingan Toru Oniki terlebih dahulu mencuba menerusi gerakan sepakan sudut namun percubaan Akihiro Ienaga pada minit ke-13 melepasi palang.

Tiga minit berselang menyaksikan Bergson da Silva terlepas peluang meletakkan JDT di depan selepas tandukannya tersasar.

Bergson sekali lagi terlepas peluang berharga apabila kuisan hasil hantaran Juan Muniz sekadar lalu di depan gawang ketika penjaga gol lawan, Jung Sung-Ryong hanya sekadar memerhati.

Minit ke-31 menyaksikan rembatan Marcinho terkena kepada penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi sebelum dikeluarkan dari atas garisan oleh Jordi Amat.

Selang seminit kemudian, rembatan separuh voli Bergson ditepis keluar Sung-Ryong.

Namun, kelekaan pada minit-minit akhir separuh masa pertama dihukum Kawasaki apabila Marcino melepaskan sepakan gunting ke arah gol yang terbuka selepas Ahmad Syihan tersilap jangkaan.

Sung-Ryong muncul wira Kawasaki apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat Arif Aiman Hanapi sebelum bola tersebut sedikit keluar di sebelah kiri gawang penjaga gol berasal dari Korea Selatan itu.

Kegagalan Ahmad Syihan membaca bola dengan baik hampir dihukum sekali lagi dan kali ini giliran Shane Lowry mengeluarkan bola dari atas garisan sekali gus menafikan gol kedua pelawat.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan I menyaksikan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai menewaskan kelab Thailand, 3-1 untuk berada di kedudukan teratas kumpulan. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan