27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Insiden Siam Paragon: TMJ bina perisai manusia lindungi keluarga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas apabila membina perisai manusia bersama pasukan keselamatannya demi melindungi ahli keluarganya dalam insiden tembakan di pusat beli belah di Bangkok, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika Tunku Ismail bersama keluarga dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di lobi hotel yang terletak berhampiran lokasi kejadian di Siam Paragon Mall.

Menurut Tunku Ismail, sebaik tembakan dilepaskan oleh remaja berusia 14 tahun tersebut, orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat beli-belah.

Susulan itu, TMJ membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukannya.

Pada masa sama kata Tunku Ismail, fikirannya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku.

“Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka yang ketakutan dan menangis,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

TMJ dan keluarga berada di Bangkok bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara Juara Asia 2023 membabitkan JDT dan BG Pathum, malam tadi.

Bagaimanapun, gara-gara insiden tersebut, Tunku Ismail terpaksa membatalkan hasrat hadir ke stadium sebaliknya pulang ke tanah air.

Sementara itu, TMJ meminta pasukan keselamatan membawa mereka ke Kedutaan Malaysia namun, pemandu memberitahu bahawa Kedutaan Singapura berada berhampiran lokasi kejadian.

Pemilik JDT itu kemudiannya menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memaklumkan apa yang berlaku.

“Setelah semuanya selamat, kami ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.

“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

DSA 2024: Maritim Malaysia pamer operasi Carilamat secara VR

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menampilkan konsep infotainment pengoperasian agensi tersebut para Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA)...

Lagi Artikel Berkaitan