27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

Mesti Baca

JOHOR Darul Ta’zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan 4-2 dalam saingan Liga Juara-juara AFC (ACL) di Stadium Leo, Pathum Thani, Thailand malam ini.

Arif Aiman Hanafi muncul wira JDT apabila meledakkan dua gol dalam perlawanan kali ini.

Ini merupakan kemenangan pertama JDT dalam saingan ACL musim ini selepas tewas tipis 1-0 kepada Kawasaki Frontale minggu lalu.

Bagaimanapun, Pathum mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti yang dijaringkan Victor Cardozo.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan beberapa saat apabila Arif bijak memanfaatkan umpanan jarak jauh daripada Jodi Amad untuk gol penyamaan.

JDT bangkit daripada ketinggalan apabila Bergson menambah jaringan buat Harimau Selatan pada minit ke-14 dan kedudukan itu kekal sehingga berakhir babak pertama.

Advertisements

Masuk separuh masa kedua, JDT menambah duka Pathum apabila Juan Muniz menyambar bola tampanan penjaga gol lawan untuk gola ketika pada minit ke-48.

Namun, tuan rumah berjaya merapatkan jurang haril jaringan kedua Cardozo pada minit ke-55. Arif melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan pada minit ke-78.

Keputusan 4-2 kekal hingga tamat perlawanan.

JDT kini berada di tangga kedua dengan tiga mata di belakang Kawasaki yang kini meraih enam mata susulan kemenangan 1-0 ke atas Ulsan Hyundai.

Ulsan akan dikunjung oleh JDT di Korea Selatan pada 24 Oktober ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan