29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JDT sahkan kejuaraan kali ke-10 berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila meraih kejuaraan Liga Super untuk kali ke-10 berturut-turut, satu kejayaan yang sukar diulangi mana-mana pasukan di negara ini.

Skuad Harimau Selatan itu mengesahkan status selaku pasukan terbaik Malaysia selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Lebih manis lagi, kejayaan tersebut disaksikan satu susuk tubuh yang menjadi watak penting dalam mencorakkan landskap bola sepak di Johor sehingga mencipta kejayaan demi kejayaan iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super dengan berbaki empat perlawanan selepas meraih 64 mata daripada 22 perlawanan.

Advertisements

Skuad bimbingan Esteban Solari itu hampir mencipta rekod kemenangan 100 peratus dalam aksi Liga apabila menang 21 perlawanan dan seri sekali, dinafikan kemenangan oleh jaringan lewat Amirbek Juraboev pada masa kecederaan ketika seri 3-3 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) di Alor Setar pada 26 Ogos lalu.

Rekod 10 kejuaraan berturut-turut JDT bermula pada era pengendali dari Crotia, Bojan Hodak pada 2014, disusuli Mario Gomez (2015, 2016), Ulisses Morais (2017), Raul Longi (2018), Luciano Figueroa (2019,2020), Benjamin Mora (2021), Hector Bidoglio (2022) dan terbaharu, Esteban Solari (2023).

Dalam aksi malam tadi, JDT terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk membuka jaringan menerusi Bergson da Silva sebelum Juan Muniz menggandakan kedudukan hanya tiga minit berselang.

Arif Aiman Hanapi meledak gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit 54 sebelum Fernando Forestieri yang baharu pulih daripada kecederaan mengesahkan kemenangan besar 4-0 pada minit ke-57. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan