25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

LTdL 2023: Carr tawan puncak Genting Highlands

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA pasukan EF Education-Easypost, Simon Carr membuktikan kejaguhannya dalam ‘queen stage’ apabila menang pusingan kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Slim River, Perak ke puncak Genting Highlands, Pahang, hari ini.

Kemenangan tersebut cukup beremosi buat pelumba United Kingdom (UK) itu susulan kematian datuknya, Tony yang meninggal dunia pada Isnin lalu.

Bagaimanapun dalam saingan sejauh 126.4 kilometer (km) hari ini, Carr mempamerkan pendakian yang konsisten apabila mencatatkan masa tiga jam 24 minit enam saat.

Rakan sepasukan Carr, Alexander Jefferson Ortiz menamatkan saingan di tempat kedua selepas ketinggalan 39 saat di belakang sementara pelumba Equipo Kern Pharma, Pablo Castrillo Zapater ketiga, ketinggalan 48 saat.

Sementara itu, pemenang peringkat pertama, Arvid De Kleijn dari pasukan Tudor Pro Cycling Team berjaya mengekalkan jersi oren KBS selaku raja pecut selepas mengutip 30 mata keseluruhan dalam lima peringkat.

Advertisements

De Kleijn diikuti rapat Enrico Zanincello (Green Project-Bardianicsf-Faizane) yang hanya ketinggalan satu mata sementara George Jackson (Bolton Equities Black Spoke), 27 mata.

Bagi kategori raja bukit jersi polka dot Tourism Malaysia pula menyaksikan Simon Pellaud (Tudor Pro Cycling Team) masih mengekalkan jersi yang dimiliknya.

Di belakang Pellaud adalah Carr yang berjaya mencuri 15 mata dalam pendakian di Genting Highlands ketika Pellaud mengutip 12 mata di Bentong dan Rawang Bypass.

Pelumba terbaik negara selepas lima peringkat adalah Muhammad Nur Aiman Rosli yang kini berada di kedudukan 213 keseluruhan dan keenam bagi kedudukan pelumba terbaik Asia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan