30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Sultan Selangor kecewa MFL tolak permohonan SFC

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa terhadap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC (SFC) menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan esok.

Baginda yang juga Penaung SFC bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

Justeru, baginda memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan SFC tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Istana Shah Alam dalam kenyataannya berkata, baginda berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan itu tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

Baginda mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Baginda turut menegaskan bahawa SFC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini.

Titah baginda, bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira.

Advertisements

Justeru, baginda turut menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk #standwithfaisalhalim #stoptheviolence

Dalam insiden Ahad lalu, pemain tonggak SFC mengalami kecederaan di muka, lengan dan badan akibat disimbah dengan asid oleh individu tidak dikenali di hadapan sebuah pasar saya di Kota Damansara.

Akibatnya, penjaring gol tercantik Piala Asia 2023 di Qatar itu berkemungkinan terpaksa terpaksa melupakan karier bola sepaknya untuk tempoh panjang.

Beberapa hari sebelum itu, pemain JDT yang dipinjamkan kepada Terengganu FC, Alhyar Rashid dipukul dan disamun dalam satu kejadian di Kuala Terengganu.

Manakala kelmarin, bekas kapten Harimau Malaya Safiq Rahim pula berdepan detik cemas apabila cermin keretanya dipecahkan oleh seseorang ketika memandu di Johor Bahru.

Semalam, MFL memutuskan untuk meneruskan semua perlawanan minggu pertama Liga Malaysia sepertu yang dijadualkan termasuk Piala Sumbangsih. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan