30 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

JDT pernah diserang, tapi tetap ke gelanggang lawan – Alistair

Mesti Baca

SELANGOR FC (SFC) perlu mencontohi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tetap turun ke gelanggang lawan walaupun pernah diserang dalam keadaan hostile di Pahang, Perak dan Kelantan, kata Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards.

Beliau berkata, mereka tetap meneruskan permainan di gelanggang lawan dengan kawalan ketat polis.

“Selangor tidak pernah diserang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Malahan pasukan dan penyokong mereka dikawal oleh polis ke dalam stadium dan sehingga ke bas dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini,” kata beliau dalam kenyataan malam tadi.

Alistair mengulas keputusan SFC yang tidak hadir bagi perlawanan pertama Liga Malaysia merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang JDT di SSI malam esok.

Advertisements

Ia susulan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan SFC agar menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih ekoran insiden yang menimpa Faisal Halim yang baru berlaku beberapa hari lepas.

Beliau yang kecewa dengan keputusan itu berkata, SFC telah menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat, meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Alistair berkata, meskipun kejadian baru-baru ini yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim membimbangkan, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa.

Katanya, kepercayaan itu bukan hanya untuk menyiasat kes-kes tersebut tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan