30 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Bapa rogol anak hingga melahirkan dipenjara 20 tahun

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak perempuannya sejak berumur 12 tahun sehingga melahirkan anak.

Hakim Mohamad Kamil Nizam semasa menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu berkata kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan merupakan perbuatan terkutuk sehingga menyebabkan anaknya menjadi trauma dan meninggalkan kesan psikologi yang teruk.

“Kamu sebagai bapa diamanahkan untuk menjaga anak namun telah melakukan sebaliknya. Saya mengambil maklum faktor mangsa membuat aduan selepas ibu bapanya ditahan polis atas kes lain… semestinya mangsa berasa tidak selamat berada di rumah sendiri sepanjang tempoh tersebut,” katanya. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anaknya berusia 18 tahun di sebuah kampung di Port Dickson pada 6 pagi, November 2022 mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.

Berdasarkan fakta kes mangsa membuat laporan polis bahawa dirinya dirogol tertuduh sejak umur 12 tahun sehingga 21 April lalu.

Remaja itu tidak pernah melaporkan perkara tersebut kepada sesiapa sehingga ibu dan tertuduh ditangkap melibatkan kes narkotik yang membuatkan pengadu tampil membuat laporan polis pada 1 Mei lepas.

Advertisements

Mangsa mengesyaki dirinya mengandung pada Disember 2022 dan melahirkan anak pada 17 Ogos 2023 di sebuah hospital.

Tertuduh dan ibu mangsa telah menyerahkan anak dilahirkan tersebut kepada orang lain tanpa pengetahuannya.

Terdahulu bapa kepada empat anak itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai anak masih kecil serta isteri yang menghidapi masalah kesihatan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Kalaivaanan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan bagi tempoh panjang serta sebatan susulan kesalahan dilakukan tertuduh amat serius.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen berlainan, tertuduh dan isterinya berusia 45 tahun turut didakwa atas pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis pil yaba dengan anggaran berat 32.83 gram. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan