Friday, June 5, 2026

Berita palsu: Seorang didakwa, lima lagi dikompaun RM25,000

MCMC telah mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terlibat dengan nilai kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang.

Mesti Baca

SEORANG individu didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan menyebarkan berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api susulan krisis di Asia Barat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, Jabatan Peguam Negara memaklumkan lima kes ditawarkan kompaun manakala empat kes diberikan Surat Amaran.

“Susulan itu, MCMC telah mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terlibat dengan nilai kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang.

“Kesemua tindakan ini adalah hasil siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan platform digital secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam.

Pada 8 April lalu, MCMC memaklumkan pihak telah membuka sebanyak 36 kertas siasatan berkait penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital, melibatkan krisis tenaga global.

Susulan itu, menurut MCMC, 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan. 

MCMC berkata, sebanyak enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan