27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KJ setuju cadangan mansuh pencen ahli Parlimen

Mesti Baca

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen kepada ahli-ahli Parlimen.

Beliau juga turut mencadangkan pencen penjawat awam turut dimansuhkan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau sedia sekiranya pencen miliknya ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.

“Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.

“Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya.

Advertisements

“GST masih lagi tunggu dan lihat. Ketiga, adalah untuk hentikan pencen. Tapi ini untuk penjawat awam yang ada dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan.

“Tetapi semua penjawat awam yang baharu, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan, semalam.

Katanya, pemansuhan itu harus dilakukan secepat mungkin kerana selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Khairy berkata, kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang sekiranya ia tidak dihapuskan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan