27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia perkukuh kerjasama jalan raya bersama dua negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Arab Saudi bersetuju mengukuhkan lagi kerjasama strategik dalam aspek keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya di kedua-dua negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, terdapat banyak perkara yang boleh Malaysia pelajari daripada Arab Saudi dalam hal tersebut dan sebaliknya.

Justeru itu katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berhubung lanjut bagi meneroka ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan demi kebaikan bersama.

“Delegasi Arab Saudi juga telah menyatakan minat untuk mempelajari usaha Kerajaan Malaysia berhubung inisiatif keselamatan jalan raya yang ditekankan terutamanya melalui kempen MYJalan yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.

“Kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung usaha ini dalam masa terdekat,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pengangkutan bagi Hal Ehwal Jalan Raya Arab Saudi, Badr Abdullah Al-Dulami dan Menteri Pengangkutan Kazakhstan, Marat Karabayev di Prague, Republik Czech.

Dalam pertemuan bersama delegasi Kazakhstan pula Nanta Linggi berkata, Marat telah menyatakan hasrat untuk membawa masuk kepakaran Malaysia dalam membina, membangun dan menguruskan infrastruktur pelabuhan di republik itu.

“Ini sekali gus membuktikan kepakaran Malaysia dalam bidang pembinaan infrastruktur turut menarik perhatian luar. Saya berharap kerjasama ini dapat direalisasikan yang akan membuka peluang pelaburan kepada kedua-dua negara.

“Saya akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan di peringkat kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dipertimbangkan di peringkat kabinet,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan