27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Hubungan KL-Wellington berteras legasi sejarah persahabatan

Mesti Baca

Oleh COLLINS CHONG YEW KEAT
COLLING CHONG

HUBUNGAN Malaysia-New Zealand menjadi teras kepada perancangan strategik pulangan geopolitik serantau dan kedua-dua negara, terutamanya dalam persimpangan  kancah yang kian meruncing.

Lawatan Perdana Menteri New Zealand, Chris Luxon ke Malaysia minggu ini mencerminkan kepentingan untuk meningkatkan kerjasama hubungan yang akan menyuntik nafas baharu dalam jaminan dan kerjasama strategik yang berasaskan kepercayaan, persahabatan bersandarkan legasi sejarah dan daya ketahanan masa depan dalam memperkukuh benteng hubungan berasaskan nilai. 

Hubungan dua hala KL-Wellington berakar pada nilai dan ideologi yang dikongsi bersama, iaitu pemeliharaan demokrasi dan kebebasan serta komitmen bersama untuk menegakkan peraturan dan undang-undang yang berasaskan aturan dan norma dalam memelihara keamanan dan kestabilan.

Sektor Ekonomi dan Perdagangan Kritikal

Walaupun dimensi ekonomi, perdagangan, dan hubungan sosio-budaya menjadi penunjuk utama dalam  hubungan dua hala, kepentingan yang semakin meningkat dalam hubungan pertahanan, geostrategik, dan keselamatan kekal kritikal.

Chris Luxon dan Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Ini terutama dalam menghadapi ancaman tradisional dan bukan tradisional yang dihadapi oleh kedua-dua negara. 

Lawatan ini juga menyaksikan perjanjian untuk meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 50 peratus menjelang 2030 dan akan menilai semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand. 

Kedua-dua negara akan menghapuskan non-tariff barriers dan meningkatkan kerjasama di bawah panji Rakan Strategik Malaysia-New Zealand, yang merangkumi empat tonggak utama iaitu kemakmuran, rakyat, dunia, dan keamanan serta keselamatan. 

New Zealand adalah rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia pada 2023, destinasi eksport ke-22 terbesar dan sumber import ke-27 terbesar dengan jumlah dagangan antara Malaysia dan New Zealand berjumlah RM11.56 bilion. 

Keselamatan makanan dan tenaga serta rantaian bekalan yang stabil tetap menjadi pertimbangan strategik utama terutamanya bagi Wellington, dan Malaysia memainkan peranan penting sebagai benteng bagi pulangan masa depan kepada New Zealand. 

Ini termasuk bidang kerjasama dalam bidang low politics seperti pendidikan, mobiliti bakat, teknologi dan penyelidikan berimpak tinggi, pelancongan dan people to people relations.

Hubungan Berasaskan Kepercayaan dan Keikhlasan

Malaysia  menjadi rakan kongsi yang dipercayai, berdaya tahan, dan berlandaskan sejarah kerjasama dan persahabatan yang lama, terutama dalam bidang pertahanan dan keselamatan. 

Ini memberikan asas yang paling kukuh dalam melindungi hubungan dua hala daripada ancaman dan pengaruh luaran, terutamanya dalam konteks perubahan terkini dalam landskap keselamatan dan geopolitik yang telah mengancam kepentingan kedua-dua negara. 

New Zealand telah membantu Malaysia semasa masa sukar menghadapi ancaman komunis  dan konfrontasi. 

Dalam domain pertahanan dan keselamatan, Malaysia tetap penting bagi Wellington dalam memajukan pendekatan dual diplomasi dan comprehensive deterrence dengan menggunakan kekuatan dan kelebihan rakan kongsi dan sekutu di rantau ini untuk mengekalkan susunan status-quo dan penggunaan diplomasi serta dialog sebagai barisan pertahanan pertama dalam usaha pencegahan konflik. 

Ini menyuntik usaha dan komitmen berterusan untuk terus memupuk keberkesanan dan kapasiti pertahanan bersama serta meningkatkan keserasian, interoperability capacity dan perkongsian sumber dalam mempertajam pencegahan dan tindak balas konflik sebagai barisan kedua. 

Bentuk kerjasama pertahanan ini berfungsi sebagai versi lanjutan dan eksklusif mekanisme pertahanan dan pencegahan yang berbeza daripada pendekatan dan mod serantau semasa.

Bersama dengan Australia, ketiga-tiga negara Malaysia-New Zealand-Australia ini mempunyai sejarah pertalian rapat dan saling kebergantungan dalam pertahanan dan keselamatan yang telah mencipta kesan limpahan dalam domain ekonomi, perdagangan, budaya, dan bidang kritikal lain.

New Zealand akan memperluas kerjasama pertahanan dengan Malaysia dan akan mengerahkan patrol plane dan pengawasan P-8A Poseidon ke Butterworth untuk latihan bersama. 

Malaysia tetap penting untuk tahun hadapan bagi New Zealand, kerana arah tuju ASEAN dan prospek kestabilan serantau bergantung pada hala tuju dan pendekatan kepemimpinan Malaysia.

New Zealand pula berhasrat untuk rantau ini mengekalkan tema keseimbangan strategik untuk mengelakkan keruncingan dilema keselamatan dan perlumbaan senjata.

Kebergantungan Geostrategik Utama

Advertisements

Secara geografi, Malaysia juga berfungsi sebagai landasan strategik ketenteraan dan keselamatan dalam akses ke arah timur laut Lautan Hindi, dan sebagai laluan penghubung antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. 

Memelihara laluan maritim melalui joint maritime domain awareness, free passage of international waterways, dan undersea capacity and security terutama dalam komunikasi dan keterhubungan tetap menjadi platform kritikal. 

Selain berfungsi sebagai penampan geografi semula jadi, rantau ini menjadi strategik keselamatan bagi New Zealand. 

Dengan kehadiran dan tayangan kuasa ketenteraan yang semakin meningkat oleh Beijing di negara-negara Kepulauan Pasifik, New Zealand dan Australia akan berusaha untuk mengekalkan kehadiran dan pengaruh masing-masing di Asia Tenggara, terutama di arkipelago Asia Tenggara, untuk menangkis peningkatan  two-pronged power presence oleh Beijing ke arah Down South. 

Domain keselamatan dan kestabilan serantau terutama di Asia Tenggara sangat berkaitan dengan orientasi keselamatan masa depan Wellington. 

Chris Luxon dipersembahkan dengan kebudayaan Malaysia semasa melawat negara ini baru-baru ini.

Potensi konflik di Laut China Selatan atau risiko implikasi masa depan dari krisis Taiwan berpotensi akan mencetus impak ke Oceania, melibatkan kedua-dua Canberra dan Wellington.

Justeru, kedua-dua kuasa Oceania ini pantas mengubah orientasi keselamatan dan postur kuasa mereka di tengah-tengah persaingan kuasa bloc rivalry.

Kedua-duanya berwaspada terhadap peningkatan kehadiran dan pengaruh Beijing yang terus melipatgandakan usaha untuk melindungi kepentingannya di Laut China Selatan dan memperkasa usaha  memikat di negara-negara Kepulauan Pasifik. 

Asia Tenggara kekal sebagai penghalang kritikal dan zon kepentingan strategik, dan Malaysia berada di tengah-tengah rantau ini yang akan membawa pengaruh dan hala tuju dalam memastikan keselamatan maritim dan perdagangan. 

Bagi New Zealand, sebagai kuasa Barat tradisional dan lambang kehadiran Barat di rantau Asia bersama dengan Australia, ia membawa pemberatan imbangan strategik yang berbeza. 

Cabaran dalam memastikan peranan dan kerjasama yang tepat dibentuk berdasarkan norma kebebasan dan demokrasi yang telus. 

Kedua-dua Malaysia dan New Zealand telah menjadi rakan kongsi tradisional yang kental dan saling melengkapi dalam keselamatan dan pertahanan terutama dalam jaringan pertahanan terutamanya Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

FPDA kekal relevan dalam memberikan jaminan keselamatan yang terjamin dan pulangan terhadap ancaman konflik yang semakin meningkat.

Wellington serta Kuala Lumpur mesti terus memastikan bahawa kerjasama pertahanan dan keselamatan dua hala kekal kukuh dan berdaya tahan, berasaskan kepada kepercayaan bersama, keikhlasan dan persahabatan sejarah.

Kesan Rantaian Serantau

Bidang mekanisme keserasian dan kelancaran serta latihan bersama akan memastikan kerangka kerja serta usaha cegah rintang dan tindak balas strategik dalam memastikan kesedaran domain maritim dan kepatuhan kepada undang-undang, keselamatan maritim dan undang-undang antarabangsa kekal menjadi dorongan utama kepada kepentingan keselamatan strategik kedua-dua negara. 

Ini termasuk keperluan strategik untuk meningkatkan kepercayaan dan kebergantungan masa depan pada perkongsian maklumat dan perisikan yang dikongsi mengenai ancaman tradisional dan bukan tradisional. 

Wellington kekal sebagai anggota strategik dalam perjanjian risikan Five Eyes. Ia tetap menjadi rakan penting Malaysia dalam menegakkan kerangka moral dan nilai normatif dalam menjamin keamanan dan kestabilan serantau. 

Oleh kerana Malaysia kekal sebagai antara pelaku utama dalam memacu kerelevanan dan pertumbuhan ASEAN, terutamanya ketika ia akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia menjadi pulangan strategik Wellington untuk membina hubungan yang kukuh dengan Kuala Lumpur.

Ini bagi memperdalam kebergantungan dan hubungan dengan ASEAN dan pemain serantau yang berdekatan untuk pulangan jangka panjang dan kestabilan dalam perdagangan, ekonomi dan keselamatan. 

Malaysia juga dilihat sebagai pintu masuk dan sandaran ke arah penglibatan New Zealand yang lebih besar Global South, dan dengan negara-negara Islam.

Ini akan mencipta jalan baharu bagi New Zealand dalam memperluas dorongan diplomatik dan jaringan friendshoring.

New Zealand akan mahu Malaysia menjadi benteng strategik dalam memperkukuh penglibatan dan kehadirannya di Asia Tenggara dan ASEAN.  

Hubungan Wellington-Kuala Lumpur kekal menjadi wadah strategik penting dalam percaturan kuasa dan keseimbangan serantau masa depan. 


Penulis adalah Penganalisis Strategi, Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya.

Advertisements

Terkini

Agong titah siasatan segera, menyeluruh isu rumah amal GISBH

YANG di-Pertuan Agong,  Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta...

Lagi Artikel Berkaitan